Pengenalan Mengenai Pertanian
Dalam Utusan Online, Ashriq Fahmy Ahmad ada menyatakan
bahawa sektor pertanian dinegara juga hanya dipelopori oleh para petani secara
kecil-kecilan malahan bidang ini juga kurang diminati oleh segolongan besar
rakyat walaupun pulangan yang akan diberikan amat lumayan. Pertanian adalah
merupakan aktiviti yang dilakukan dan merupakan aktiviti yang penting didunia.
Keseluruhan jumlah penduduk didunia, sebanyak 45% daripadanya melakukan
aktiviti pertanian sebagai bidang kerja mereka. Selain dari itu, pertanian juga
merupakan salah satu bidang yang melibatkan geografi dimana keperluan mengkaji
dan menghuraikan perbezaan bagi kawasan yang meliputi tanaman diatas permukaan
bumi. Aktiviti pertanian yang produktif serta cekap adalah penting bagi
penghasilan sumber makanan yang banyak. Selain dari itu, aktiviti pertanian
juga memerlukan penjagaan yang amat rapi kerana tanaman tidak boleh dibiarkan
seperti semulajadi.
Kepentingan Bidang Pertanian
Kepentingan tersebut adalah kerana pertanian adalah
merupakan tunggak asas bagi kehidupan samada dari segi sumber makanan, kewangan
dan ekonomi. Aktiviti menjadi satu aktiviti peniagaan yang sangat penting
sekiranya hasil dari pertanian tersebut bukan sahaja telah melebihi keperluan
malah ianya juga akan dapat memberi keuntungan buat pengusahanya. Dalam Usahawan.Com ada menyatakan bahawa aktiviti
pertanian juga membolehkan seseorang itu menjana pendapatan keuntungan yang
lebih dan bukan hanya untuk diri sendiri sahaja. Buat masa kini, anggapan serta
pendapat rakyat terhadap aktiviti pertanian juga perlu diubah. Ini kerana
keberanian mengambil risiko adalah amat perlu. Bidang pertanian ini juga perlu
diceburi oleh pelbagai lapisan umur dan tidak hanya tertumpu kepada petani yang
telah lanjut usianya. Pertanian kini
dilihat ebagai perniagaan yang memberi impak besar kepada saluruh masyarakat di
Malaysia, ia juga dapat merapatkan lagi jurang sosial ekonomi didalam
masyarakat serta turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
Menurut Shamshubaridah Ramlee & Madeline Berma ada
menyatakan bahawa kepentingan keusahawanan di sektor pertanian boleh dikaitkan
dengan peralihan paradigm mengenai peranan sektor pertanian dalam pembangunan
negara. Sektor pertanian dianggap sebagai sektor tradisional, pasif, tidak
produktif dan berfungsi sebagai penggenap kepada sektor industri. Kini, keadaan
banyak berubah dimana sektor pertanian dan asas tani dianggap sebagai sektor
penting untuk pembangunan ekonomi. Sektor ini bukan lagi sektor yang dihuni
oleh petani tradisional, tetapi golongan professional, usahawan dan ahli
korporat yang mempunyai kemahiran perniagaan. Pertanian kini merupakan sektor
yang boleh menghasilkan keuntungan tinggi jika ia diuruskan secara
professional, daripada aspek kewangan, pemasaran, pembangunan sumber manusia,
teknologi, logistik dan rantaian nilai.
Potensi Bidang Pertanian Sebagai Perniagaan Yang Menguntungkan
Dalam Usahawan.Com ada menyatakan bahawa beberapa perkara
dapat dilihat dimana pada tahun 2010, nilai pengeluaran kasar daripada Banci
Ekonomi 2011 bagi sektor pertanian adalah sebanyak RM53,452.1 juta. Penyumbang
utama pengeluaran didalam sektor pertanian adalah merupakan subsector tanaman
dengan RM37,275.6 juta. Selain itu, bidang pertanian juga dapat memberi
keuntungan yang besar buat pelabur serta pengusaha. Ini kerana, apabila
pengusaha amat menitik beratkan beberapa aspek termasuklah kuantiti dan juga
kualiti, maka harga pasaran bagi hasil yang akan dijual pasti akan meningkat.
Daya saing penghasilan produk akan bertambah apabila penambahan daripada aspek
pemprosesan, penggredan, pembungkusan serta pemasaran diberi keutamaan.
Galakkan dari kerajaan khusus bagi peniaga, petani serta pekebun kecil untuk
mengoptimumkan amalan agronomi yang baru, pengurusan ladang secara moden,
begitu juga dengan penggunaan jentera baru serta teknologi terbaru turut
menggiatkan Amalan Pertanian Baik (APB)
yang merupakan satu pendekatan serta sistem pengembangan pertanian oleh Jabatan Pertanian Malaysia dalam
memastikan pengeluaran hasil pertanian lebih berkualiti serta selamat dimakan. Pertanian
juga dapat dijadikan perniagaan apabila konsep agro-pelancongan diperkenalkan.
Ianya adalah merupakan satu konsep pelancongan yang telah berkembang pesat
berikutan Malaysia yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Pebagai aktiviti
yang berkaitan dengan sektor pertanian serta perladangan disediakan buat para
pelancong. Antara aktivitinya adalah seperti lawatan ke dusun buah-buahan dan
ladang ternakan, penyelidikan, homestay dan sebagainya. Selain dari menjadi
pusat pelancongan berasaskan pertanian, tetamu turut diajar tentang teknik pertanian
moden yang digunakan.
Cabaran Serta Halangan Bidang Perniagaan Berasaskan Pertanian
Rafiqah Binti Mat dan Aziz Abdul Majid ada menyatakan
bahawa sektor pertanian juga menghadapi masalah berkaitan dengan berkurangannya
keluasan tanah yang subur untuk tanaman akibat dilanda oleh proses perbandaran
dan kemajuan industry. Dua pembolehubah ekonomi yang dikaitkan dengan
ketidaklestarian sektor pertanian adalah bekalan tanah pertanian yang terus
berkurangan dan tekanan penduduk yang juga kian bertambah. Kekurangan tanah
pertanian turut mempunyai kesan langsung kepada kejatuhan jumlah output
pertanian.
Dalam Laman Web Rasmi Institut Penyelidikan PembangunanBelia Malaysia ada menyatakan bahawa terdapat juga beberapa cabaran lain
yang dihadapi bagi bidang perniagaan ini seperti ketiadaan teknologi terkini
serta kepakaran sokongan didalam bidang pertanian, kekurangan pekerja dan
kekurangan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan daya pengeluaran pertanian.
Kurangnya pendedahan terhadap sektor pertanian kepada golongan belia juga
menjadikan kurangnya minat dan penglibatan mereka kepada pertanian.
Rafiqah Binti Mat dan Aziz Abdul Majid ada menyatakan
bahawa modal adalah merupakan salah satu input penting didalam apa jua kegiatan
ekonomi. Begitu juga dengan aktiviti pertanian, modal sangat diperlukan untuk
menanggung kos-kos pengeluaran. Pengusaha pertanian menghadapi halangan modal
dari segi menggunakan balik modal dalam aktiviti pertanian itu sendiri.
Kebanyakan pengusaha menghadapi kekangan kewangan untuk membeli alatan
pertanian dan perkakas lain. Antara yang menyebabkan masalah dalam kekurangan
modal ini ialah kekurangan kemudahan kredit dan input. Pengeluaran pertanian
dapat dtingkatkan sekiranya wujud kemudahan kredit dan penggunaan input
pertanian yang dirancang dengan baik dari segi penghantaran dan penggunaannya.
Input-input pertanian yang dapat membantu meningkatkan
pengeluaran disandarkan kepada tiga kriteria iaitu kesesuaian, mudah didapati
dan kemampuan. Rafiqah Binti Mat dan Aziz Abdul Majid ada menyatakan bahawa Penyakit
tanaman juga telah dikenalpasti menjadi halangan dalam aktiviti pertanian.
Penyakit tanaman ini boleh terjadi dalam skala yang besar hingga memusnahkan
tanaman dan hal ini akan menjejaskan hasil pengeluaran.
Sokongan Serta Bantuan Kerajaan Kepada Pertanian Berasaskan Perniagaan
Sejajar dengan ikrar kerajaan juga, peruntukan diberikan
kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu sebanyak RM5.8
bilion. Selain itu, pihak kerajaan Malaysia juga turut menyediakan sebanyak
RM30 juta untuk pembangunan program pertanian yang juga melibatkan penggunaan
aplikasi berteknologi tinggi bagi penghasilan buah-buah dan sayur-sayuran,
pembekalan benih berkualiti, harga yang stabil dimana ia melalui jualan terus
dari ladang serta penambahbaikan institusi Latihan pertanian. Malah Kerajaan juga
turut mempersiapkan sebanyak RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk
samada makanan dan kesihatan. Bantuan utama kepada para petani pula adalah
tertumpu kepada pengurangan kos pengeluaran pula maka kerajaan meneruskan
pemberian subsidi dan insentif pertanian yang ada berjumlah RM2.4 bilion.
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA)
Dalam Portal Rasmi Kementerian Pertanian & IndustriAsas Tani ada menyatakan diantara pihak yang turut membantu mewakili pihak
Kerajaan adalah seperti pihak Kementerian
Pertanian & Industri Asas Tani yang sentiasa menerajui proses mentransformasi
didalam sektor pertanian secara lebih terancang, bersepadu dan menyeluruh
berteraskan pengemblengan pemikiran dan juga tenaga organisasi bagi mencapai
matlamatnya. Sektor pertanian yang merupakan salah satu penyumbang didalam
ekonomi Malaysia melalui perniagaan, antara bentuk bantuannya adalah dari segi
pendidikan seperti Program Latihan
Kemahiran Pertanian Malaysia dengan tujuan untuk menggalakkan generasi muda
bagi melibatkan diri didalam bidang pertanian sebagai pekerja yang mahir serta
pengusaha bagi sektor pertanian yang bertaraf komersil dan berskala besar
melalui teknologi yang terkini . Bantuan juga turut diberikan turut kepada
pemberian subsidi pada sektor padi khusus kepada harga padi, baja padi, harga
beras, benih padi serta beberapa insentif lain seperti peningkatan hasil padi,
pengeluaran padi. Pemberian bantuan dari kerajaan adalah bagi memastikan ianya
dapat meringankan beban pengusaha terutama pada sektor pertanian.
Lembaga Pertubuhan Peladang
Dalam Portal Rasmi Lembaga Pertubuhan Peladang ada
menyatakan bahawa Lembaga Pertubuhan Peladang turut
melakukan perkara yang sama bagi membantu mempertingkatkan ekonomi dan sosial
masyarakat tani dibawah satu badan berperanan khusus. Pertubuhan Peladang turut
juga membantu bagi meningkatkan taraf ekonomi dan juga sosial, menambah
pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan serta juga
memperbaiki cara hidup serta mewujudkan masyarakat yang progresif . Dalam
Utusan Online, Ashriq Fahmy Ahmad ada menyatakan bahawa Penganjuran beberapa
program kepada pelajar turut diadakan bagi menggalakkan penglibatan serta minat
terhadap perniagaan didalam sektor pertanian.
Oleh itu, satu program telah diadakan dengan kerjasama
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) BERSAMA Universiti Putra
Malaysia (UPM) iaitu Program Cabaran Siswatani 2011. Program yang diadakan
turut disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) begitu juga oleh
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), program yang berkonsep
pertandingan yang nyata berdasarkan reality bidang pertanian sebenar. Sedikit
sebanyak dari program ini dapat memberi pendedahan berkenaan landskap sebenar
perniagaan tani tempatan. Pendedahan tersebut turut melibatkan beberapa projek
penanaman sayur-sayuran dan juga buah-buahan serta projek akuakultur.
Penghasilan penanaman juga akan dijual menerusi Karnival Siswatani.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Dalam Portal Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ada menyatakan selain
dari itu pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut membantu dan
ia merupakan sebuah agensi pemasaran dibawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, FAMA bertanggungjawab didalam pemasaran produk agromakanan seperti
sayur-sayuran dan buah-buahandan produk-produk Industri asas tani yang lain.
Selain itu juga, FAMA juga berperanan didalam pemasaran hasil produk dan
meningkatkan pendapatan pengeluar serta memastikan produk pertanian industri
asas tani tersedia dan boleh diperolehipada harga mampu dibayar pengguna.
FAMA turut mempunyai satu pelan strategik jangka panjang
bagi meningkatkan dan meluaskan pasaran produk pertanian serta memacu
transformasi pemasaran iaitu:
- Peningkatan bekalan hasil pertanian
- Peningkatan akses pasaran
- Peningkatan bilangan usahawan tani agromakanan
- Penjanaan pendapatan kumpulan sasar bagi kalangan petani dan juga usahawan petani
- Peningkatan kecekapan khidmat pemasaran
Dalam Portal Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ada menyatakan pihak FAMA
turut mewujudkan beberapa Program dan Projek bagi memastikan kelancaran didalam
Perniagaan pada Sektor Pertanian. Diantaran program yang dijalankan adalah:
1. Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
RTC merupakan pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung berdekatan dalam perlaksanaan aktiviti bercorak nilai-tambah yang tinggi. Di RTC pada penduduk dapat
RTC merupakan pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung berdekatan dalam perlaksanaan aktiviti bercorak nilai-tambah yang tinggi. Di RTC pada penduduk dapat
- menjual produk pertanian, pembelian bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah
- mendapatkan kemahiran, menjalani Latihan dan program pembangunan keusahawanan
- mendapatkan kemudahan bantuan kewangan serta perkhidmatan lain secara terus
- Mendapatkan perkongsian maklumat dan pengetahuan.
2.Ladang Kontrak
Merupakan projek berimpak tinggi bagi membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjaminkan pengeluaran hasil pertanian mendapat pulangan yang setimpal.
Merupakan projek berimpak tinggi bagi membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjaminkan pengeluaran hasil pertanian mendapat pulangan yang setimpal.
3.Pusat Pengumpulan (CC) dan Pusat Pengedaran (DC)
(CC) adalah bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah pemasaran pertanian melalui amalan pengendalian lepas tuai, peningkatan mutu penggredan, pelabelan serta sebagai pusat saluran informasi pertanian.
(DC) pula adalah sebagia pusat penerimaan, tambah nilai dan mengedarkan hasil keluaran pertanian ke rangkaian pasaraya dan institusi.
4.‘Malaysia Best’
Merupakan program yang dirangka bertujuan untuk mewujudkan satu jenama paying (umbrella brand) yang berkesan untuk tujuan promosi didalam atau luar Negara. Juga bertujuan untuk menanamkan kepercayaan pengguna terhadap kualiti hasil tempatan.
5.Sistem Pemadanan Maklumat Bekalan Dan Permintaan (Suppl Demand Virtual Information- SDVI)
SDVI merupakan sistem bersepadu oleh FAMA bagi tujuan memantau keseimbangan keadaan pasaran. Matlamat utama SDVI bagi membantu pertumbuhan sektor pertanian menerusi teknologi maklumat (ICT) dengan memperkenalkan sistem serta penawaran dan mengitegrasikan maklumat keperluan pemasaran dengan keadaan bekalan.
6.Pasar Tani Mega dan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
Pasar Tani Mega adalah bagi memberikan imej baru serta mengekalkan daya saing pasar tani. Diperkenalkan dengan ciri baru yang menonjolkan suasana ceria, mesra pelanggan dan peragaan barangan yang lebih kemas.
Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) adalah merupakan rangkaian gerai jualan milik usahawan, merupakan saluran alternative kepada pengguna mendapatkan buah-buahan yang berkualiti serta sebagai ruang kepada usahawan meningkatkan urusniaga buah-buahan.
7.OLEMAS dan AGROMAS
OLEMAS merupakan jenama nasional barangan makanankeluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang melepasi satu tahap kualiti yang mempu bersaing.
ARGOMAS merupakan jenama produk yang diedar oleh FAMA. Produk yang dijenamakan dibawah AGROMAS adalah produk yang terpilih dan berpotensi untuk berkembang
8.Pembangunan Sistem Dan Kawalan Pasaran Serta e-Permit
FAMA melaksanakan Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (Penggredan,Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang
menetapkan beberapa perkara. FAMA juga mengaplikasikan e-Permit bagi
membolehkan permit import dikeluarkan secara elektronik. Sistem ini dibangunkan
secara ‘’web-based’’.
- Standard gred keluaran pertanian
- Standard pembungkusan keluaran pertanian
- Standard pelabelan kepada pembungkusan
- Pengeluaran perakuan untuk keluaran pertanian yang akan dieksport
9.Pembangunan Urusniaga
Bertujuan untuk menjamin pasaran serta mendapatkan laluan
bagi pasaran dan produk baru. Program ini juga turut dapat mengatasi masalah
lambakan buah-buahan segar dalam Negara yang sering berlaku.
10. Modal Insan
Bagi mewujudkan pengurusan keupayaan yang strategic dalam
menyokong FAMA sebagai Organisasi Berasaskan Pengetahuan. Program yang
dibangunkan untuk meningkatkan kompetensi dikalangan kakitangan serta usahawan.
Aktiviti Perniagaan Berasaskan Pertanian Dibawah Anjuran FAMA
Kesimpulan
Bidang perniagaan pertanian adalah merupakan
salah satu perkara yang dapat membangunkan serta mampu mengubah ekonomi Negara dan terdapat pelbagai
langkah yang boleh diambil dalam penglibatan pada sektor ini. Justeru itu,
beberapa perkara juga perlu dititikberatkan bagi memastikan kelancaran bidang
ini samada dari segi penyusunan bidang pertanian, perhubungan diantara sektor
kerajaan dalam memajukan industry tersebut. Cabaran serta halangan ini juga
boleh dijadikan salah satu proses memperkukuhkan diri didalam bidang ini.
Bantuan dari kerajaan juga boleh dijadikan sebagai batu loncatan bagi memajukan
lagi industri perniagaan pertanian ini.
Rujukan
*
Ashriq Fahmy Ahmad. 2012 Cabaran graduan usahawantani.Capaian 1 Ogos 2016, dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0123&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm
* Usahawan.com.t.t
Pertanian adalah perniagaan.Capaian 27 Jun 2016,dari http://www.usahawan.com/kerjaya/pertanian-adalah-perniagaan.html
* Portal Rasmi Lembaga Pertubuhan Peladang.2016 Pengenalan
pertubuhan peladang.Capaian 27 Julai2016, dari http://www.lpp.gov.my/farmers-organization-introduction
* Portal Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.2016 Latar belakang.Capaian 1 Ogos 2016,dari http://www.fama.gov.my/latarbelakang#.V57EvNJ97cs
* Rafiqah Mat &
Aziz Abdul Majid.2015 Kepentingan pertanian bandar dan cabaran yang dihadapioleh petani Bandar Malaysia.Capaian 15 Ogos 2016,dari http://malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2015/06/4-IJESS-Rafiqah-Aziz-KEPENTINGAN-PERTANIAN-BANDAR-DAN-CABARAN-YANG-DIHADAPI-OLEH-PETANI-BANDAR-DI-MALAYSIA-pg-44-56.pdf
* Shamshubaridah Ramlee
& Madeline Berma.2009 ‘’Pertanian adalah perniagaan’’:analisis pengurusan
kewangan pks pertanian dan asas tani.Capaian rumusan 15 Ogos 2016,dari http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemIV/PERKEM2009-2-13.pdf
* Laman Web RasmiInstitut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.2016 Kajian status dan masalah
penglibatan belia ecer dalam bidang pertanian dan agro industry.Capaian 15 Ogos
2016,dari http://www.iyres.gov.my/jdownloads/Penyelidikan/kajian-status-dan-masalah-penglibatan-belia-ecer-dalam-bidang-pertanian-dan-agro-industri.pdf
* Portal Rasmi LembagaKementrerian Pertanian & Industri Asas Tani malaysia.2016 Program Latihan kemahiran pertanian
kebangsaan.Capaian 1 Ogos 2016,dari http://www.moa.gov.my/program-latihan-kemahiran-pertanian-kebangsaan